OUR SITE ON MAINTENANCE "we are try to bring you the best" - redaksi tukanglawan -
PENDAFTARAN KEAHLIAN PKR ZON SUNGAI CHOH DIBUKA SEKARANG SILA HUBUNGI KAMI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN

Pakatan kuasai kerusi P212 Parlimen Sibu



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini merakamkan penghargaannya kepada rakyat Sibu kerana memilih calon DAP, Wong Ho Leng sebagai ahli parlimen Sibu yang baru.

“Rakyat Sibu membuktikan kepada kita semua bahawa kuasa rakyat, kuasa keramat. Mereka menzahirkan kepada kita semua, misi Menyelamatkan Malaysia dari segala kebejatan merupakan matlamat utama ketimbang tunduk menyerah kepada sogokan pimpinan Umno-BN.

“Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua penggerak dan aktivis Pakatan Rakyat. Sekali lagi anda perlihatkan kekuatan yang mengagumkan walau terpaksa berhadapan dengan jentera lawan yang dilengkapi wang ringgit serta dokongan aparat-aparat lainnya,” katanya.

Pada pilihan raya semalam, Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi Sibu apabila calonnya, Robert Lau Hui Yew tewas kepada Wong dengan majoriti 398 undi.

Dalam pertandingan tiga penjuru itu, Wong yang juga ADUN Bukit Assek mendapat 18,845 undi, Robert memperoleh 18,447 manakala calon Bebas, Narawi Haron mendapat 232 undi dan terdapat 395 undi rosak.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Sibu, Wong See Meng pada pukul 10.45 malam di Dewan Suarah, di Sibu sebaik sahaja kesemua 111 peti undi selesai dikira, termasuk undi pos yang terakhir dikira.

Pada pilihan raya umum 2008, calon BN, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang merupakan penyandang kerusi Sibu selama lima penggal menewaskan calon DAP yang sama, Wong dengan majoriti 3,235 undi.



Selanjutnya...

MAJLIS MINUM PETANG BERSAMA SRIKANDI PKR

Satu Majlis jamuan minum petang bersama srikandi PKR kampung sungai choh akan diadakan seperti dibawah :

TARIKH : 08/05/2010
TEMPAT : Kompleks JKKK Kampung Sungai Choh
MASA : JAM 3.00 Ptg


Semua ahli Pakatan Rakyat dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis yang julung kali diadakan ini.

Kehadiran Tuan/Puan Semua diharpkan akan memeriahkan lagi majlis ini dan diharapkan agar ikatan muhibbah sesama kita dapat diperkukuhkan lagi.ia juga diharp akan menyuntik semangat dan kekuatan buat srikandi PKR sampung Sungai Choh untuk terus berjuang dan menjalankan tanggungjawab sosial mereka.





Selanjutnya...

Mesyuarat penubuhan ranting PKR Zone Sungai Choh

Sungai Choh 1 Mei 2010. Satu mesyuarat dan taklimat penubuhan ranting Parti Keadilan Rakyat zon Sungai Choh telah diadakan di kediaman Encik Idrus pada jam 9.00 malam tadi.
mesyuarat yang julung kali diadakan itu adalah untuk membincangkan beberapa isu membabitkan penubuhan ranting parti dan menarik lebih ramai penduduk menjadi ahli pakatan rakyat khususnya PKR.

mesyuarat yang diadakan dengan kehadiran seorang pemerhati dari parti PAS itu berlangsung dalam suasana harmoni sekali, dan setakat malam tadi, penyerahan kembali borang keahlian begitu menggalakkan.

Dan pada malam itu juga Seorang Ahli Umno yang pernah menjawat beberapa jawatan penting didalam parti Umno sebelum ini juga mengumumkan keluar parti dan secara sukarela menyertai PKR dengan memberi jaminan beliau akan mencurahkan pengalaman beliau kepada bakal pelapis muda.


Penubuhan Ranting PKR Zon Sungai Choh ini disasarkan untuk semua kaum yang berada dalam lingkungan zon Sungai Choh , ini adalah untuk mewujudkan suasana harmoni tanpa mengira warna kulit, dan menyemai perasaan muhibbah tanpa mengira kaum.

Diharapkan tindakkan susulan daripada program tersebut dapat dilakukan segera bagi membolehkan lebih ramai penduduk menyertai salah satu dari parti didalam Pakatan Rakyat. ini adalah perlu kerana telah hampir 13 tahun kebanyakkan penggundi yang mengundi pakatan rakyat di zon ini cumalah penyokong dan bukan ahli.

Diharap dengan langkah yang dilakukan ini, pakatan rakyat khususnya di zon Sungai Choh dapat bergerak dengan lebih lancar dan teratur dibawah organisasi yang berwibawa bagi menebus kembali kekalahan pakatan rakyat pada PRK P094 Hulu Selangor Tempoh hari.

Selanjutnya...

Ugut bunuh Nik Aziz, lagi laporan polis dibuat

Sumber: HarakahOnline


PENGKALAN CHEPA, 2 Mei: PAS Kawasan Pengkalan Chepa, membuat satu laporan polis berhubung ugutan bunuh terhadap Mursyidul Am Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh seorang pemilik akaun facebook, yang dikenali sebagai Mohd Safuan Hilmi.


Setiausahanya, Hassan Mamat membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di Pengkalan Chepa, dekat sini.

Kehadiran beliau ditemani hampir 30 penyokong PAS.

"Saya membuat laporan ini kerana berpendapat kenyataan penulis itu adalah satu tulisan ataupun komen yang berunsurkan provokasi terhadap keselamatan dan juga satu ugutan jenayah secara terbuka terhadap seorang ketua sebuah kerajaan.

"Oleh itu kami (PAS) pohon pihak polis dapat membuat penyiasatan penuh dan seterusnya mendakwa penulis terbabit sebagaimana peruntukan undang-undang bagi mengelakkan budaya mengugut yang mengancam keselamatan orang lain daripada terus berleluasa" katanya ditemui di luar pejabat IPD.

Mohd Safuan, melalui laman web sosial facebooknya dikatakan telah menulis "Belum lengkap lagi sbb (sebab) sekor (seekor) lagi barua x (tidak) mati iaitu nik aziz. Tggu (tunggu) aku p (pergi) bunuh nik aziz dulu baru lengkap. Setan tu x layak duk kt (dalam) muka bumi ini lagi.

"Senang bunuh org (orang), tikam je, aku snggup (sanggup) dihukum gantung jika aku dpt (dapat) bunuh nik aziz al dajjal tu" katanya semasa berkomunikasi dengan salah seorang daripada rakan facebook.

Facebook Safuan Hilmi bagaimanapun di tutup selepas perkara itu menjadi perbincangan orang ramai di laman web sosial tersebut.

Dalam profil sebelum ini, Safuan meletakaan ahli Umno pada bahagian pandangan pilitiknya.

Semalam juga, Dewan Pemuda PAS Pusat, turut membuat laporan sama bagi menggesa pihak polis menyiasat ugutan bunuh itu.

Ketuanya, Nasrudin Hassan semalam turut meminta supaya pergerakan Pemuda Umno menafikan bahawa Mohd Safuan ini adalah ahli mereka.

Selanjutnya...

Polis diminta siasat ugutan bunuh Nik Aziz

Sumber: HarakahOnline

KUALA LUMPUR, 1 Mei: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menggesa pihak polis menyiasat ugutan bunuh terhadap Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh seorang pemilik akaun Facebook, Mohd Safuan Hilmi.

Nasrudin yang membaca kenyataan berbaur ugutan itu pada 30 April 2010 meminta supaya kes tersebut ditangani secara berkesan bagi mengelakkan budaya mengugut yang mengancam keselamatan orang lain berleluasa.

Saya juga meminta supaya pergerakan Pemuda Umno menafikan bahawa Mohd Safuan ini adalah ahli mereka," kata beliau merujuk pendirian politik Mohd Safuan di dalam profil Facebooknya.

Dalam profil tersebut juga turut menyatakan bahawa Safuan bekerja di Syarikat Prasarana Berhad.

Nasrudin turut menyatakan bahawa Facebook Safuan Hilmi telah di tutup selepas perkara itu menjadi perbincangan orang ramai di laman web sosial tersebut.

"Perkara ini jelas bertentangan dengan norma masyarakat dan adat ketimuran orang Melayu.

"Saya juga menyeru kepada semua pihak supaya mengamalkan politik sihat dan mengelakkan budaya ugut dan kekerasan antara sesama kita," tambahnya yang membuat laporan di Balai Polis Chot Kit, di sini tengah hari tadi.

Turut hadir bersama ialah timbalannya, Azman Shapawi Abdul Rani dan Kamaruzaman Mohamad.

Sementara itu, Nasrudin dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perkara itu di Balai Polis Dang Wangi pada jam 3.00 petang ini.

Selanjutnya...

Zaid kemuka petisyen, saman Utusan


Sumber: HarakahOnline


PETALING JAYA, 28 April
: Calon Pakatan Rakyat daripada PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim akan mengemukakan petisyen membantah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya itu.

Bercakap pada sidang media di kediamannya di Tropicana Golf and Country Resort, di sini, hari ini, beliau berkata, keputusan itu dibuat apabila mengambil kira pelanggaran undang-undang pilihan raya yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen berlangsung.

"Saya membuat keputusan untuk mengemukakan petisyen untuk mengisytiharkan bahawa keputusan hari itu tidak sah. Peguam saya akan merangka asas-asasnya minggu depan," katanya.

Kesalahan yang nyata dakwanya, tindakan BN memberi rasuah kepada pengundi-pengundi di kawasan berkenaan selain tindakan SPR mengubah tempat pengundian tanpa pengetahuan mereka.

"Ada sesetengah mereka namanya tidak ada dalam daftar pemilih, sesetengahnya diubah tempat memilih tanpa pengetahuan mereka dan mereka juga diberi rasuah yang besar, dijanjikan macam-macam janji yang semua ini menyalahi undang-undang pilihan raya dan ini dilakukan bukan sahaja oleh jentera BN tapi oleh pucuk pimpinan BN sendiri," katanya.

Justeru, beliau yang juga Penyelaras Pakatan Rakyat menyeru mana-mana pihak khususnya pengundi-pengundi di Hulu Selangor sendiri yang mempunyai maklumat agar mengemukakannya kepada mana-mana pejabat parti-parti Pakatan Rakyat.

"Jika ada lagi ada maklumat penting dan jika ada pengundi yang ada maklumat boleh kemukakan bukti ke pejabat mana-mana parti dalam Pakatan," katanya.

Selain itu, beliau juga akan memfailkan saman terhadap SPR yang didakwa gagal menjalankan tugas dengan adil dan telus.

"Selagi SPR tidak menjalankan tugas dengan adil seperti di negara-negara lain, selagi itulah suara rakyat tidak dapat didengari. Sebab itu saya juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPR,” jelasnya.

Zaid juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana melabelnya sebagai kaki botol.

"Saya dicop kaki botol dan ini dibiarkan sahaja, dalam Utusan Malaysia sendiri melabel demikian dan tidak ada sesiapa pun ambil tindakan.

"Saya bukan kaki botol. Saya minum tidak lebih daripada apa yang diminum oleh Mahathir dan pimimpin-pemimpin Umno yang lain," katanya.

Bagi memastikan desakan terhadap SPR agar berlaku adil kepada semua parti pada mana-mana pilihan raya, beliau memberitahu Kumpulan Penyokong Pakatan di peringkat antarabangsa akan dilancarkan di London pada Julai ini.

"Ini bagi mendapatkan sokongan antarabangsa untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia,” katanya.

Beliau turut menafikan segala kenyataan dan tindakan yang dibuat adalah atas dasar kecewa dengan kekalahannya.

"Tidaklah, kalau saya tidak buat apa-apa pun, mereka akan kata macam-macam juga. Tapi hasrat saya mencerminkan pendapat ramai. Kalau kita biarkan kerja-kerja yang tidak betul ini, mereka akan terus berkuasa,” katanya.



Selanjutnya...

Waktu solat

 

Pakatan Rakyat Sungai Choh Copyright 2009 ~ Blog Powered by Iblogger Studio - File Hosting by Ziddu.com - Forum Provider by Freeforums.org